Sunday 12 August 2018

#Throwback BUkit Panchang


Assalamualaikum guys.

Its Ogos. After two months, I'm comeback again. Hye, hye, hye everyone ..
Alhamdulillah, I already finish my FYP project, examination and the end of Degree. yeah!  Thanks to you guys for always support me. So, tonight I will share to you guys one of my hiking experience. Actually, Hiking is one of my favorite activity cause by doing that I can explore many things such us the plants, animals, river and life in the jungle. Besides that, the important things is I can lose my weight and good for health. Yeah, you guys should try it. It's tiring but fun.



So, my first Hiking experience is at Bukit Panchang Tinagat, Tawau, Sabah. The distance is 1.8km. Actually, bukit ni tak da la tinggi mana pun tetapi disebabkan bukit nya agak curam, so agak mencabar juga la untuk sampai ke puncak. However, we are so lucky sebab time kitaorang pergi hiking tu cuaca agak mendung dan hujan. So, bila mendaki tu ada air mengalir dari atas bukit macam sungai.

Rehat sambil menikmati kesejukan air bukit. 




It take almost an hour untuk sampai di puncak bukit. Di puncak bukit ini, we can see the whole city of Tawau. However, tiba di puncak cuaca still mendung menyebabkan kami tak dapat melihat keindahan tu. but it's okey. Cause the important thing is experience. Even we can't see the whole city of Tawau, we still get the something that can be learn for life. Its also become a good memory for us.



 

So, you guys yang suka hiking and advature boleh lah meneroka bukit ni. Sedikit tips untuk hiking:

- Pastikan ada yang guide.
- Air secukupnya.
- Kasut yang sesuai.
- Peralatan kecemasan. Contoh: Minyak angin, pluster and so on.

Okey guys. Anything want to ask, drop in comment. Bye!




Wednesday 30 May 2018

Malam impian



Setelah 4jam terlena, aku terjaga dari tidurku kerana terdengar pintu bilik di buka. Aku cuba untuk membuka mata dan melihat pada pintu bilik, namun cahaya yang terlalu terang membuatkan mata ini silau dan sukar untuk melihat dengan jelas.
Lalu, aku bersuara "Siapa itu?".
Tiada suara yang membalas pertanyaan ku.
 Cahaya itu semakin  dekat dan dekat padaku.
Kemudian hati ini berbisik "adakah dia malaikat? Adakah aku antara orang yang mendapat 1001malam  itu. Andai benar, alhamdulillah ya Allah!".
Cahaya itu menyentuh kaki ku. Llau aku bangun dan terduduk.
"Siapa kau?", aku bersuara dengan nada terkejut.
"Bangun! Masak sahur. Dah pukul 3.00 pagi", balasnya.
Aku yang blur dan mamai cuba untuk membuka mata seluasnya dan melihat tuan kepada suara itu. "Laa, adik lelaki aku rupanya. Huh, ingatkan dah dapat malam lailatulqadar. hmm", bisik hati.
Kemudian aku bangun dan bantu ibu menyiapkan sahur untul tatapan keluarga tersayang. :)



#MemoryRamadhan

Semoga Ramadhan kali ini, kita tergolong dalam insan insan yang terpilih mendapat 1001 malam yakni malam lailatul qadr'. Amin.

Monday 30 April 2018

Pray for me.



Assalamualaikum and hai all.
Almost one month I didn't update anything on this blog. I was too buzy with my Final Year Project and Group Design Project. Sorry to you guys cause I don't have time to visit your blog. Anyway, thanks visit my blog. You guys just leave the comment or message on my tagboard. I will blogwalking to your blog after finishing all my project. Wish me luck guys! thank you 😊

Sunday 18 March 2018

A SFRNFZL Giveaway


CLICK HERE TO JOIN THIS GIVEAWAY!

Saya suka berblogging kerana saya ingin berkongsi segala aktiviti, manfaat, kenangan dan macam-macam lagi yang boleh memberi impak yang positif dalam diri saya dan orang lain. Sebagai contoh, nasihat-nasihat, kata-kata positif, pengalaman dan lain-lain.
Selain daripada itu, saya juga membina confident diri melalui blogging. Melalui blogging ini, saya lebih yakin untuk berkongsi ilmu-ilmu dan pendapat saya. 
Saya juga suka berblogging kerana saya suka membaca perkongsian-perkongsian daripada blogger lain. Kadang entry yang bloggger share sangat bermanfaat untuk diri ini.
The last one, yang best blogging ni adalah join segment-segment and giveaway yang menarik. Walaupun tak menang, tapi still dapat kenal-kenal dengan ahli blogger yang lain :) 

so guys, what are you waiting for? Jom join this giveaway. :)

Saturday 10 March 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Klik sini!

Assalamulaikum guys.
Jom join 'Cash Giveaway by FarhanaJafri'.
Hadiah berbentuk wang tunai.
Tarikh tamat buat masa ni, 7 April.
Hadiah istimewa untuk Top Commentators pun ada guys. Jom join this giveaway. 😊

Tuesday 6 March 2018

Tired and hard working



Hari ni bangun pukul 5.30pagi. Bangun, then mandi and solat. After that, 7.00 am, read the al-Quran until 7.30am.
After read the Quran, I check my phone. Time tu tak da rasa ngantuk. So then, I just play with the phone. Layan Instagram, youtube and so on. Syok main handphone, suddenly perut lapar. So, pergi breakfast kat dapur. After that, continue with the phone until 10 am.
At 10am, I move from my bed, then prepare all things that I need to go to the library. Jam 11.30am baru pergi library.
Bila sampai jerr kat libry, cari port best then turn on the lappy. Lepas turn on lappy tu, nak connect la lappy tu dengan WiFi library. Tapi, hampeh. Tak dapat. Sejam juga la duk try to connect the WiFi with my PC. But, it can't. Then I give up and go to the library's cafe. I need some food and nascafe untuk hilangkan mengantuk.
Lepas sejam duk kat cafe tu, I'm going back to my place. Then I try it again. But still can't connect. 😢
After that, I move from that place. I try to find another port. But it also can't connect.
Lastly, at 2 pm, I give up then I'm going back.
At 2.30pm, I safely arrive at home. Then after 20 minutes, I sleep.
That's all. 😫

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang terjadi hari ni, sangat mengecewakan. Semua benda tak jadi. 😭
Nasib baik ingat kata-kata Thurien (My FYP partner). He said:
" It's okey. That's not wasting time. I have used 3 day's to get the info about GPS"

Means that, apa yang aku buat hari ni adalah salah satu usaha. Kita hanya merancang. Tetapi perlu ingat, sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Esa 😊
Hari ni dapat di uji dengan kesabaran. Kesabaran dalam berusaha untuk menyiapkan kerja 😊

Have a nice day guys, semoga dipermudahka segala urusan kalian 😉

Thursday 1 March 2018

Awan yang gelap




Terdengar pintu bilik dibuka seperti ada seseorang yang keluar daripada bilik dan membuatkan aku terjaga dari tidur. Buka mata dan capai handphone di tepi bantal. "Oh, dah pukul 5.30pagi", bisik hati. Aku lihat katil sebelah,tiada orang. Hati berbisik sekali lagi " As dah bangun. Patutlah bunyi pintu terbuka". Lalu aku bangun, ambil tuala yag bergantung dibelakang pintu dan menuju ke bilik mandi.

Selepas mandi, aku ambil telekung yang bergantung di hujung katil dan tunaikan beberapa solat sunat iaitu tahajjud, taubat dan hajat tanpa mengganggu As yang sedang khusyuk sambil duduk di atas sejadah.

Setelah selesai solat sunat, azan subuh berkumandang. Lalu aku meneruskan ibadat ku dengan menunaikan solat yang wajib.

Jam menunjukkan jam 6.45 pagi. Setelah selesai solat subuh, aku berdiri dan merenung ke luar jendela.

"Segarnya udara pagi ini", kata ku.
"Hmm", balas As.

Al-Quran diambil dan dibaca di atas katil yang empuk.

Setelah selesai membaca Al-Quran, dua mata ini melihat ke arah luar jendela. "Hmm, masih gelap lagi". Kemudian mata ini beralih ke arah jam yang berada di atas meja As. Jam tersebut menunjukkan pukul 7.00 pagi.

Aku bersuara "Eh, As. Dah pukul 7.00 pagi ni, tapi kena awan masih gelap?".
"Alaa, biasala tu. Sekarang lambat masuk waktu Subuh. Jadi, lambat lah siang", balas As dengan bersahaja.
"Oh, okey", balas ku dengan ringkas.

Selepas mendengar jawapan daripada As, kaki ini melangkah ke arah meja belajar. Buka laptop dan mainkan zikir pagi serta lagu yang mendamaikan. Khusyuk tengok laptop sampai tak sedar masa berlalu.

Sesudah sejam menghadap laptop, mata ini sekali lagi beralih arah ke luar jendela. Awan masih gelap. Jam dah menunjukkan jam 8.00 pagi.

Lalu aku bersuara "As, kenapa masih gelap lagi?".
"Sekarang dah pukul berapa?", tanya As sambil melihat kelihat luar jendela.
"Dah pukul 8.00 pagi. Should be dah siang. Nak kata jam ni salah, tak juga. Jam handphone, laptop dan jam atas meja kau tu pun semua menunjukkan jam 8.00 pagi", jawab aku dengan jelas.
"Pelik ni. Biasanya waktu macam ni dah siang", balas As.

Hati dan fikiran penuh dengan tanda tanya. Aku dan As melangkahkan kaki menuju ke arah jendela untuk memastikan suasana luar. Awan gelap, tiada matahari dan terdapat dua tiga orang pelajar dalam perjalanan menuju ke setsen bas untuk ke kelas.

Aku dan As saling berpandangan dan berfikir. Tetiba saat itu, terimbas segala kuliah-kuliah yang telah dihadiri terutama sekali tentang kiamat. Bila melihat awan yang gelap itu, hanya satu perkara yang terimbas difikiran ini. Perkara tersebut adalah tanda-tanda sebelum matahari terbit dari barat.


Setelah wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.

Rupanya Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman, “Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.


 
Aku dan As diam dan tak mampu berkata-kata. Tanpa berlengah masa, kaki ini pantas berjalan menuju ke bilik mandi untuk berwudhu'. Setelah itu, sambung semula membaca Al-Quran seperti biasa di atas katil yang empuk. Setiap baris ayat al-Quran aku baca dan cuba untuk fahami serta hayati maksudnya. Saat itu, aku tidak peduli lagi dengan orang sekelilig. Dalam fikiran dan hati ini hanya ingin beribadat sepuasnya sebelum pintu taubat ditutup. Puas beribadat sehingga tanpa sedar, aku terlena di atas katil yang empuk sambil memeluk Al-Quran.

Lama dibuai mimpi, tetiba terdengar suara menyebut nama ku.

"Hani, Hani, Hani, bangun! Pergi kelas. Dah pukul 10 pagi ni", suara As yang cuba untuk bangunkan aku daripada tidur.

Lalu aku bangun, dan capai handphone di tepi bantal untuk melihat jam. Kemudian, hati berbisik "laaa, aku mimpi rupanya. Astaghfirullahala'zim. Penangan tidur selepas subuh, kan dah kena sebijik oleh Allah". Sesudah itu, aku pun bangun dan bersiap untuk ke kelas.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Moral of the story:

- Jangan tidur lepas Subuh! Kalau nak sangat tidur pun, tidur laa pukul 8.00 lebih. Time matahari dah naik tinggi sikit. Hargai dan nikmati suasana pagi yang Allah berikan.

- Hidup di dunia ni perlu sentiasa beringat kepada akhirat. Setiap perkara yang kita lakukan, perlu ingat ibu bapa, ingat Allah dan yang paling penting, ingat sikit hari pembalasan nanti. Dosa dan pahala perlu dijaga.

- Banyakkan beribadat kepada Allah. Topup iman dengan amalkan ibadat sunat. Tak boleh buat semua, takpa. Tapi jangan tingal semua. Boleh pick satu amalan sunat yang kita boleh amalkan setiap hari. Contoh: Baca Al-Quran lepas solat subuh, Solat sunat, zikir, selawat and so on.